王增文校长致词
11-3-2016
Ucapan Alu-aluan
bagi lawatan Pihak SM Hidayah Johor ke SM Sin Min
Selamat pagi dan salam sejahtera saya ucapkan kepada wakil-wakil Sekolah Menengah Hidayah Johor(SMHJ) yang mengunjungi sekolah kami pada pagi yang mulia ini. Sebagai Pengetua sekolah, saya ingin mewakili pihak Sekolah Menengah Sin Min(SMSM) untuk menyatakan ribuan terima kasih atas kedatangan 40 orang guru dari Sekolah Menengah Hidayah Johor. Selamat datang!
Sejak kebelakangan ini, sekolah kami telah melancarkan pelbagai projek bersama-sama Sekolah Menengah Al-Islah(SMAI). Hubungan erat antara pihak sekolah kami dengan pihak Sekolah Menengah Al-Islah telah dijalin dan ini memang merupakan perkara yang menggembirakan.
Beberapa hari dahulu, saya diberitahu oleh Pengetua Sekolah Menengah Al-Islah,iaitu Puan Ainon, bahawa beliau telah menyertai “Perkongsian Aktiviti Silang Budaya” dengan berkongsi atas topik tentang perhubungan antara Sekolah Menengah Al-Islah dan Sekolah Menengah Sin Min. Menurut beliau, hal ini telah menarik perhatian sekolah Musleh yang lain. Kami berasa amat bangga kerana pihak Sekolah Menengah Hidayah Johor mengambil kesempatan ini untuk melawat kami selain melawat ke Sekolah Menengah Al-Islah. Dengan penuh mesranya, pertemuan hari ini telah diadakan.
Sekolah kami, Sekolah Menengah Sin Min merupakan sebuah sekolah menengah persendirian aliran Cina. Walau begitu, kami sesungguhnya mementingkan perhubungan kami dengan pelbagai kaum yang lain. Kedatangan tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini sangat dihargai kerana lawatan yang bermakna ini memberikan peluang kepada kedua-dua pihak untuk berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain, demi menggalakkan semangat perpaduan antara pelbagai kaum negara kita.
Untuk menyambut kedatangan guru sekalian, pihak sekolah kami telah menyediakan jamuan. Guru-guru dijemputi untuk menjamu selera dan menyaksikan beberapa persembahan yang dibawa oleh pelajar-pelajar sekolah kami. Diharapkan agar layanan kami meninggalkan kenangan yang menyeronokkan.
Sekian, terima kasih.
注:本文由王增文口述重点,女儿王婕翻译成马来文。