Majlis Penutupan Kem Budaya Dan Bahasa
Ucapan oleh Tuan Pengetua En. Ong Chang Boon 30-3-2019 Selepas penyediaan yang lama , ak……
Ucapan oleh Tuan Pengetua En. Ong Chang Boon
30-3-2019
Selepas penyediaan yang lama, aktiviti kem kebudayaan Melayu ini pula tiba saat-saat yang terakhirnya pada hari ini. Dengan ini, saya berasa amat bersyukur kerana kem kebudayaan ini telah mendapati sokongan kuat daripada Persatuan Kebudayaan Han Malaysia, Dewan Bahasa Dan Pustaka dan juga Dong Zong. Sudah tentu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penaja yang amat bermurah hati untuk menyempurnakan kem tersebut. Mereka menyahut seruan daripada pihak sekolah dan telah menjana perbelanjaan kem supaya aktiviti kem budaya dan bahasa ini dapat berjalan dengan lancar.
Aktiviti ini telah mendapat penyertaan pelajar-pelajar dari 7 buah sekolah persendirian, sebuah sekolah antarabangsa swasta dan sebuah sekolah menengah agama Islam yang berada di negeri Johor. Bilangan pelajar yang menyertai kem ini telah mencapai sejumlah 114 orang. Selain itu, pelajar yang menyertai kem budaya ini berasal dari tiga buah sekolah persendirian yang mengunakan bahasa pengantar yang berlainan di sekolah mereka.
Saya telah berkhidmat di sekolah persendirian dalam jangka masa yang panjang. Saya bukan sahaja memahami keperluan budaya negara kita dan rakyatnya yang terdiri daripada berbilang kaum tetapi juga memahami kebolehan para pelajar. Dengan memikirkan negara kita merupakan sebuah negara berbilang kaum, maka kita perlu menerima hakikat ini dan berusaha untuk membolehkan anak- anak cucu kita dapat hidup bersama dengan harmoni di tanah air kita ini. Pemuda-pemudi yang berlainan kaum, budaya dan adat resam dapat saling menghormati dan memahami. Dengan itu, hal ini mestilah berbantu kepada mengeratkan hubungan silaturahim sesama kaum. Hal tersebut juga sepatutnya merupakan pegangan Malaysia Baru ini.
Negara kita adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber budaya. Kebudayaan yang dimiliki oleh setiap kaum adalah sangat unik dan sepatutnya kita amalkan. Kita dapat membolehkan negara ini mempersembahkan budayanya yang beraneka ragam. Saya berasa bahawa penganjuran silang budaya ini adalah satu karya yang menyumbang kepada semua manusia. Usaha ini mudah diberkati dan mendapat sokongan daripada semua rakyat. Walau bagaimanpun, kita mesti melakukannya dengan sedaya upaya supaya dapat memastikan anak- anak kita mengetahui bahawa bagaimana kita yang berlainan budaya dapat hidup bersama dengan aman dan damai pada masa depan.
Memetik bunga satu kuntum,
Saya berikan kepada tuan.
Malaysia kita berbilang kaum,
Silang budaya memupuk perpaduan.
Baiklah. Sekarang saya memberi sepatah dua kata dalam Bahasa Mandarin.
我在独中长期工作,了解我国和各族人民的文化需求,也了解学生的能力,想到我国是个多元种族的国家,我们必须要接受这个事实,更要让各族人民的子子孙孙能够在这一片国土上和谐共处,大家互相欣赏,互相了解对方的文化,这肯定有助于促进族群之间的谅解,这也是新马来西亚应有的国家理念。
我们国家是一个文化资源非常丰富的国家,各族人民的传统文化都非常精彩,而且 值得去提倡,我们可以让这个国家呈现多姿多彩的文化风采。我认为我们提倡文化 交流(silang budaya 是一件对全人类有贡献的工作,这项工作容易受到祝福,也 得到广大人民的肯定,但是我们一定要实实在在地去做,才能让马来西亚的孩子们 知道我们要如何和平共存下去。
Akhir sekali, saya amat berterima kasih kepada Menteri Pertanian, Dewan Bahasa Dan Pustaka serta Dong Zong yang telah memberi sokongan yang besar kepada kami. Saya berfikir ini adalah apa yang patut saya usahakan untuk pendidikan sekolah persendirian pada masa akan datang. Kita cintai tanah ini, maka kita hendaklah belajar, menghargai dan bertimbang rasa antara satu sama lain. Hal-hal ini adalah tindakan kita cintai tanah air kita. Oleh sebab itu, kita haruslah bersama-sama menjadi lebih baik dengan sentiasa saling memahami dan berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik dan unik disebabkan budayanya di peringkat antarabangsa.
Terimakasih.
本文移錄自「悠然見山」歷年公開文章,保留原文內容與發表日期。
查看原始文章 ↗從單篇文章,走進相互照見的知識路徑
思想脈絡
同題閱讀
我有話說
同年文章
回到 2019 年的書寫現場
延伸閱讀
由「渾忘春秋」向相鄰議題展開